... Every secOnd is wOrth ...

... Every secOnd is wOrth ...

Rabu, 1 Januari 2014

Dua Ribu Empat Belas


                                            


2013 telah menutup tirainya, kini 2014 telah menjengah.alhamdulillah masih lagi di panjangkan umur,dan terus berada di samping keluarga yang tersayang. Umur aku dah pun meningkat ke 22,makin lama makin tua, kejap je masa berlalu kan?..2014 ni juga aku akan tamatkan pengajian aku,alhamdulillah dengan nikmat yang telah allah berikan. Tahun 2013 adalah tahun yang banyak airmata aku tumpah, 2013 juga sarat dengan  kedukaan,kekecewaan,keperitan dalam hidup aku. Pada raya pertama 2013 juga aku telah kehilangan tokwan, kini hanya tinggal kenangan. Al-fatihah untuk tokwan yang tersayang semoga di tempatkan di kalangan orang beriman.Sesungguhnya dengan ujian yang telah di berikanNYA membuatkan aku redha dan mengerti,
"ALLAH UJI KITA SEBAB ALLAH SAYANGKAN KITA" buat insan-insan yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, terima kasih kerana pernah bahagiakan aku,terima kasih juga hadir dan tinggalkan bermacam-macam kesan hingga aku hampir tersungkur, aku menjadi kuat dan tabah dengan corak-corak yang telah engkau lakarkan.Dugaan demi dugaan menjadikan aku seorang yang kuat untuk menyusuri liku-liku perjalanan ini, aku berharap tahun 2014 ini akan memberikan sinar dalam hidup aku. Aku hanya inginkan kebahagiaan di samping orang-orang yang aku sayang.To my family, mak,ayah,along,abang eri,kak fida,aimi dan emet, love u so much forever and ever. <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan